Quotes by Sutung Umar RS

"Aku mencari guru yang mursyid
tetapi yang kutemui ulama fasik.
Mereka mengajar tentang kebenaran
tetapi mereka melakukan hal yang sebaliknya.

(Mazmur V)"
2 likes

"Maka perkayakanlah aku
dengan bahasa yang meyakinkan
sehingga dengan bahasa itu
aku dapat mengajak kaumku untuk sujud kepada-Mu.

(Mazmur XXXIV)"
2 likes

"Begitulah kehidupan, kawan yang suatu waktu dulu begitu rapat, begitu mesra pada waktu lain menjadi begitu jauh dan malahan tak pernah bertemu. Dalam waktu sama terbentuk pula kawan-kawan yang baru oleh pelbagai sebab - sama ada kerana profesion yang sama ataupun kerana bekerja di pejabat yang sama atau tinggal pada satu kawasan kejiranan yang sama.

Sementara itu keluarga terdekat, seperti misalnya sepupu dan seumpamanya, oleh sebab tidak tinggal berdekatan menjadi jauh dan semakin jauh. Anak-anak masing-masing tidak pernah lagi kenal-mengenal antara satu sama lain - masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kalau berjumpa pun hanya sesekali apabila ada kenduri-kendara ataupun apabila ada sesuatu kematian dalam keluarga."
2 likes

"Hapuskan segala berhala yang ada
yang kelihatan di dalam rumahmu
atau yang tersembunyi dalam dirimu.

(Mazmur VI)"
1 likes

"Aku kini meninggikan kepalaku ke atas seteru
yang mengelilingu aku.
Dan dalam jagaan Allah,
aku ingin berkorban kepada-Nya tanda syukurku.

(Mazmur XXIX)"
0 likes

Books by Sutung Umar RS

  • Di Negeri Kalbu
  • 11 ratings
  • 2012 by Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
  • Dia dan Nya
  • 2 ratings
  • 2013 by Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
  • Api Cinta
  • 1 ratings
  • 2010 by Penerbit Pustaka Nusa Sdn Bhd
Sutung Umar RS
  • Sutung Umar RS

  • Date of birth: June 23, 1948
  • Died: May 30, 2016
  • Born: in Kampung Tunjung, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

  • Description: Sutung Umar RS atau nama sebenarnya, Wan Omar Ahamed berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Diskriptif di Universiti Malaya (UM).

    Beliau pernah berkhidmat sebagai guru dan editor buku di Penerbitan Adabi, sebelum berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Pembantu Penyelidik dan Editor Dewan Sastera (DS) yang dianggap sebagai majalah sastera berautoriti di Malaysia, sebelum akhirnya bersara awal sebagai Ketua Bahagian Majalah DBP.

    Pengalaman dalam penerbitan majalah khususnya DS di DBP, dimanfaatkan dalam dunia akhbar apabila berkhidmat sebagai Ketua Unit Pengembangan Sastera, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) sehingga bersara pada 2003.

    Bagaimanapun, beliau tidak berehat, sebaliknya menjadi Editor Majalah Masa yang diterbitkan pada awal 2005 dan Ketua Editor, Majalah Pentas terbitan Istana Budaya, bermula 2006 hingga 2008, sebelum menyerahkannya kepada Rahimidin Zahari (Allahyarham).

    Sebagai penggiat sastera, Sutung Umar RS bersama-sama Che Shamsudin Othman atau lebih dikenali Dinsman, menubuhkan Teater Elit yang mempelopori Baca Puisi di Hotel Century Abad Kuala Lumpur dan Malam Puisi Tanah Air, selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

    Genre penulisannya meliputi puisi, cerpen, esei dan novel tetapi beliau tidak banyak menerbitkan karya dalam bentuk buku secara persendirian ketika berkhidmat di DBP dan BH selain tiga kumpulan puisi, iaitu dua kumpulan sajak kanak-kanak, Kampung Halaman dan Wau Bulan terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, serta Taburkan Bunga (DBP).

    Bagaimanapun dalam tempoh mutakhir ini, Sutung Umar RS menghasilkan novel, kumpulan cerpen dan puisi dengan lebih aktif yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) serta DBP.

Topics